Wednesday, February 13, 2013

Panas: Fenomena "Are You Ready For BN ....... No" Di Jangka Lebih Hebat Dari "Listen... Listen.... Listen" !!



Dua video panas dibawah, yang sedang tersebar dengan meluasdi laman sembang sosial facebook sekarang ini jelas sekali membuktikan rakyat Pulau Pinang rata-ratanya tidak teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak ke negeri Pulau Mutiara itu semalam. Najib berada di Pulau Pinang bagi meraikan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia yang diadakan di negeri terbabit. Malah, buat julung-julung kalinya, penyanyi terkenal, PSY telah diundang mengadakan persembahan sempena program anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di Kolej Hang Chiang.

Apa yang jelas dapat dilihat, orang ramai bukanlah hadir untuk mendengar ceramah Najib atau meraikan sambutan rumah terbuka anjuran BN itu, tetapi mereka hadir untuk menyaksikan persembahan PSY atau nama sebenarnya, Park Jae-Sang yang muncul di pentas pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari. Bersama lebih 10 barisan penarinya, penyanyi berusia 35 tahun itu tampil berpakaian warna putih menghiburkan tetamu dengan lagu Oppa Gangnam Style bersama aksi tarian kuda yang mencetus fenomena di seluruh dunia.

Tambah memalukan apabila orang ramai secara majoritinya menolak kepimpinan Najib sebenarnya. Ia terbukti apabila Najib melaungkan "Are You Ready For BN" sebanyak tiga kali, ia disambut dengan teriakan "No". Sebelum itu ketika Najib melaungkan "Are You Ready For PSY", orang ramai menyambutnya dengan teriakan "Yes". Adengan ini ternyata telah menjatuhkan imej dan maruah Najib yang sudah menghabiskan jutaaan ringgit untuk membeli hati rakyat Pulau Pinang agar menolak Pakatan Rakyat terutamanya Ketua Menteri, pimpinan Lim Guang Eng dari Parti DAP pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.

Apa yang jelas dapat dilihat, ternyata majoriti rakyat menolak beliau dan dia sepatutnya sedar akan perkara ini. Rakyat selesa ditadbir oleh Pakatan Rakyat, biarpun berbagai tohmahan melampau dilemparkan untuk menjatuhkan imej Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu. Dengan apa yang disaksikan ini, maka ternyata amat sukar buat BN untuk merampas kembali negeri Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat pada PRU -13 ini sebenarnya.

http://www.pencacai-semalaysia.com/2013/02/panas-fenomena-are-you-ready-for-bn-no.html
 —

No comments:

Post a Comment