Teheran: Iran semalam menggesa supaya semua senjata atom di dunia dimusnahkan selepas Korea Utara mengumumkan ia mengadakan ujian nuklear paling kuat pernah dilakukan.
“Sudah tiba masanya kita pastikan tidak ada negara memiliki apa juga senjata nuklear dan semua senjata pemusnah perlu dimusnahkan.
“Pada masa sama, semua negara berhak untuk menggunakan aktiviti nuklear bagi tujuan keamanan, ” kata jurucakap Kementerian Luar, Ramin Mehmanparast ketika ditanya mengenai ujian nuklear di Pyongyang pada taklimat mingguannya, semalam.
Iran dikenakan pelbagai sekatan antarabangsa kerana program nuklearnya yang Barat dakwa bertujuan menghasilkan senjata atom meskipun Teheran berulang kali menafikannya.
Iran adalah antara segelintir negara yang mengucapkan tahniah kepada Pyongyang selepas ia berjaya melancarkan satelit saintifik ke angkasa lepas. - Reuters
No comments:
Post a Comment