Wednesday, February 13, 2013

Tujuh terbunuh, 33 cedera letupan bom kereta



ANKARA 12 Feb. - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, manakala 33 yang lain cedera apabila sebuah kenderaan yang dipasang bom meletup berhampiran sempadan antara Syria dan Turki, semalam.
Datuk Bandar, Huseyin Sanverdi berkata, kenderaan yang berdaftar nombor plat Syria itu dipercayai memasuki Turki untuk tujuan serangan.
Berpuluh-puluh ambulans dikerah ke tempat kejadian yang berlaku di garisan sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay.
Letupan itu turut memusnahkan 15 kenderaan berhampiran. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130212/lu_07/Tujuh-terbunuh-33-cedera-letupan-bom-kereta#ixzz2KlvXw9Q5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment