Wednesday, February 13, 2013

PBB: Konflik 2 tahun Syria korban 70,000 orang




13 Februari 2013
NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan angka kematian di Syria, ekoran konflik dua tahun, telah mencecah 70,000 orang.

Pesuruhjaya Tinggi PBB, Navi Pillay berkata, sehingga bulan lalu, angka kematian yang mencecah sehingga 60,00 orang itu merupakan sesuatu yang amat mengejutkan.
Sehubungan itu, beliau menyalahkan masyarakat antarabangsa kerana gagal untuk bertindak.

Konflik di Syria yang bermula sejak Mac 2011 sehingga kini tiada tanda-tanda ia akan reda.

Kumpulan penunjuk perasaan yang sebahagian besarnya merupakan menentang presiden mereka sendiri, Bashar al-Assad dan cuba menggulingkan kepimpinan beliau.
PBB sendiri berusaha untuk berunding bagi menamatkan konflik ini tetapi masih lagi menemui jalan buntu.

Akhir Januari lalu, Duta Khas PBB-Liga Arab, Lakhdar Brahimi cuba memujuk Majlis Keselamatan bagi melakukan sesuatu untuk meredakan konflik.

“Syria dimusnahkan sedikit demi sedikit dan rantau itu sedang berada dalam keadaan yang amat tenat,” katanya semalam.

No comments:

Post a Comment