Saturday, March 16, 2013

3 suspek militan ditembak mati



Orang ramai berkumpul di lokasi beberapa bahan letupan dan senjata api ditemui semasa serbuan polis di Bekasi di pinggir Jakarta, semalam. Tiga suspek militan turut ditembak mati dalam serbuan itu. - AGENSI
JAKARTA 15 Mac - Polis Indonesia menembak mati tiga suspek kumpulan militan dan merampas sebanyak 14 bom buatan sendiri dalam tiga serbuan berbeza di Bekasi, berhampiran Jakarta, pagi ini.
Jurucakap polis, Brigedier Jeneral Boy Rafli berkata, pasukan polis melancarkan kesemua serbuan itu selepas beberapa anggota kumpulan militan tersebut merompak sebuah kedai menjual barangan kemas, di sini pada minggu lalu.
"Polis menembak mati tiga anggota militan dan menahan empat yang lain.
"Polis terpaksa melepaskan tembakan kerana suspek cuba melawan," katanya.
Selain bom buatan sendiri, polis turut menemui lima senjata buatan sendiri, 34 peluru dan satu kilogaram emas.
Ketua Detektif Polis, Sutarman berkata, kesemua suspek yang terlibat dalam rompakan tersebut merupakan sebahagian daripada rangkaian kumpulan pengganas.
"Kami memang sedang memburu kumpulan militan tersebut.
"Seorang daripada anggotanya memberitahu rompakan itu dilakukan untuk membiayai kegiatan keganasan mereka," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130316/lu_04/3-suspek-militan-ditembak-mati#ixzz2NgAfqLNy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment