BEIJING 14 Mac - China hari ini secara rasmi menamakan Xi Jinping sebagai Presiden negara ini, empat bulan selepas beliau mengambil alih kepemimpinan parti pemerintah, Parti Komunis.
Pengumuman itu dibuat selepas Parlimen China meluluskan pelantikan tersebut dalam satu sidang khas di Beijing.
''Sekarang saya mengumumkan saudara Xi Jinping dipilih sebagai Presiden China,'' kata Pengerusi Persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan, Liu Yunshan.
Jinping, 59, kemudian bangun dan tunduk hormat kepada ahli-ahli Parlimen sebelum bersalam dengan pegawai-pegawai lain.
Pengumuman tersebut dilakukan selepas ahli-ahli Parlimen mengundi menggunakan kertas undi berwarna merah di mana pemilihan Jinping sudah diketahui.
Yunshan berkata, anggota Politburo, Parti Komunis, Li Yuanchao turut dipilih sebagai Naib Presiden China.
Jawatan Naib Presiden tidak mempunyai kuasa dalam kerajaan, namun ia mempunyai peranan diplomatik. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130315/lu_04/Xi-Jinping-kini-Presiden-China#ixzz2NgBWBJ3X
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment