Kren digunakan untuk mengangkat keluar trak pikap dinaiki anggota polis yang terkena serangan bom di Narathiwat. - Foto AFP
Jeneral mahu lihat keseriusan pulih keamanan di selatan Thai
Bangkok: Perunding Thailand akan meminta bukti daripada kumpulan pemisah mengenai keupayaan membantu menamatkan keganasan di selatan negara itu dalam rundingan akhir bulan ini.
Selain itu, wakil kerajaan juga akan mendengar cadangan pergerakan Barisan Revolusi Nasional (BRN) terlebih dulu dalam isu keselamatan dan perdamaian apabila kedua-dua pihak berunding mulai 28 Mac depan.
Ketika menerangkan pandangan dan harapannya mengenai rundingan itu, Panglima Tentera Darat Thailand, Prayuth Chan-ocha, turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Thailand memegang kelebihan dan rakyat Thai tidak perlu gusar.
Pihak berkuasa Thai, katanya, perlu mengambil kira kepentingan negara dan tidak tergesa-gesa memberi apa-apa cadangan termasuk menamatkan perintah darurat di kawasan tertentu.
“Perunding kerajaan patut tunggu dan dengar apa cadangan pemisah terlebih dulu. Jika pemisah dapat tunjuk mereka berupaya mewujudkan keamanan di kawasan itu, pihak berkuasa Thai boleh terima kerana kami jujur dalam hal ini.
Ikut Perlembagaan
“Semuanya akan dilakukan mengikut Perlembagaan, keselamatan nasional dan orang awam,” katanya sambil mengesahkan banyak kumpulan pemisah lain berminat menyertai mesyuarat pada 28 Mac itu di Kuala Lumpur.
Pada masa sama, katanya, pegawai keselamatan wajar terus menguatkuasa undang-undang dan memperkukuh kawalan kerana rundingan sedang berjalan selain keganasan berterusan.
Selain dialog, persetujuan untuk mengadakan rundingan itu juga tidak sepatutnya dianggap meningkatkan status pemisah.
“Perunding Thai tidak patut terlalu memuji pemisah hingga boleh menganggap ada kelebihan ke atas mereka. Jika mereka tidak boleh selesaikan masalah, kita patut henti berunding,” kata Prayuth.
3 anggota polis terbunuh
Dalam keganasan terbaru, satu letupan bom tepi jalan yang kuat menyebabkan tiga anggota polis terbunuh di daerah Ruso, Narathiwat, semalam.
Bom seberat 90 kilogram itu dipasang di tepi jambatan Ruso dan diletupkan ketika tiga anggota polis itu melaluinya ketika melakukan rondaan.
Ia mungkin dilakukan pemisah yang menentang rundingan kerajaan dengan BRN tidak lama lagi, kata jurucakap tentera di selatan, Kolonel Pramote Promin.
“Ada pemisah tidak bersetuju dengan pemimpin mereka untuk menyertai proses damai dan dengan itu cuba meningkatkan kekacauan,” katanya. - AGENSI
Bangkok: Perunding Thailand akan meminta bukti daripada kumpulan pemisah mengenai keupayaan membantu menamatkan keganasan di selatan negara itu dalam rundingan akhir bulan ini.
Jika pemisah dapat tunjuk mereka berupaya mewujudkan keamanan di kawasan itu, pihak berkuasa Thai boleh terima kerana kami jujur dalam hal ini” Prayuth Chan-ocha, Panglima Tentera Darat Thailand
Ketika menerangkan pandangan dan harapannya mengenai rundingan itu, Panglima Tentera Darat Thailand, Prayuth Chan-ocha, turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Thailand memegang kelebihan dan rakyat Thai tidak perlu gusar.
Pihak berkuasa Thai, katanya, perlu mengambil kira kepentingan negara dan tidak tergesa-gesa memberi apa-apa cadangan termasuk menamatkan perintah darurat di kawasan tertentu.
“Perunding kerajaan patut tunggu dan dengar apa cadangan pemisah terlebih dulu. Jika pemisah dapat tunjuk mereka berupaya mewujudkan keamanan di kawasan itu, pihak berkuasa Thai boleh terima kerana kami jujur dalam hal ini.
Ikut Perlembagaan
“Semuanya akan dilakukan mengikut Perlembagaan, keselamatan nasional dan orang awam,” katanya sambil mengesahkan banyak kumpulan pemisah lain berminat menyertai mesyuarat pada 28 Mac itu di Kuala Lumpur.
Pada masa sama, katanya, pegawai keselamatan wajar terus menguatkuasa undang-undang dan memperkukuh kawalan kerana rundingan sedang berjalan selain keganasan berterusan.
Selain dialog, persetujuan untuk mengadakan rundingan itu juga tidak sepatutnya dianggap meningkatkan status pemisah.
“Perunding Thai tidak patut terlalu memuji pemisah hingga boleh menganggap ada kelebihan ke atas mereka. Jika mereka tidak boleh selesaikan masalah, kita patut henti berunding,” kata Prayuth.
3 anggota polis terbunuh
Dalam keganasan terbaru, satu letupan bom tepi jalan yang kuat menyebabkan tiga anggota polis terbunuh di daerah Ruso, Narathiwat, semalam.
Bom seberat 90 kilogram itu dipasang di tepi jambatan Ruso dan diletupkan ketika tiga anggota polis itu melaluinya ketika melakukan rondaan.
Ia mungkin dilakukan pemisah yang menentang rundingan kerajaan dengan BRN tidak lama lagi, kata jurucakap tentera di selatan, Kolonel Pramote Promin.
“Ada pemisah tidak bersetuju dengan pemimpin mereka untuk menyertai proses damai dan dengan itu cuba meningkatkan kekacauan,” katanya. - AGENSI
No comments:
Post a Comment