Isu Nama Allah - Najib dan Macai UMNO dok kalut KEPUTUSAN PAS... bab pendirian UMNO nak kata apa pulak..??
Arkid - Isu Kalimah ALLAH: Apa Pendirian Sebenar UMNO BN?
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan mengapa kerajaan Barisan Nasional sendiri tidak menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah.
"Amat pelik apabila kerajaan, BN dan parti-parti komponennya terutama Umno hanya pandai mendesak pihak lain sahaja menyatakan sebarang pendirian rasmi berhubung isu kalimah Allah.
"Sekarang, rakyat hendak tahu apa pendirian kerajaan, BN dan setiap satu komponennya mengenai isu itu," kata beliau.
Mahfuz berkata, sudah sampai masanya kerajaan, BN dan setiap satu komponennya menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah.
"Rakyat ternanti-nanti apakah pendirian kerajaan, BN, Umno, MCA, MIC, Gerakan, PBS dan setiap satu parti komponen BN berhubung isu itu.
"Jangan hanya pandai desak orang lain sahaja menyatakan pendirian," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menekankan, kerajaanlah pihak yang sepatutnya menyatakan pendiriannya mengenai isu itu kerana permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditujukan kepada kerajaan.
Isu kalimah Allah itu dibangkitkan Guan Eng dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas lalu apabila beliau menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan pengunaan kalimah berkenaan di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.
Majlis Syura Ulamak PAS baru-baru ini memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar maksud kalimah ini.
p/s: masih ramai yang kononnya serba tahu dan suka diperbodohkan lantang bercakap isu kalimah Allah ini, sedangkan mereka tidak langsung mengkaji akan fakta dan realiti yang sebenarnya.. Cukuplah merelakan diri kita dperbodohkan!!
Yang merah itu kuno..
Yang biru itu sochai..
Yang bodoh itu Umno..
Yang bangang itu macai.
No comments:
Post a Comment