Monday, April 1, 2013

3 maut dalam pertempuran di Bangladesh



DHAKA 1 April - Tiga maut dalam satu pertempuran melibatkan polis dan penyokong sebuah parti di Bangladesh, kelmarin ketika tunjuk perasaan bagi menyatakan bantahan berhubung perbicaraan jenayah perang.
Tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh aktivis Parti Jamaat-e-Islami sejak beberapa bulan lalu bagi menyatakan bantahan terhadap perbicaraan yang melibatkan hampir kesemua kepemimpinan utama parti itu, dalam kes berkaitan perang saudara bagi mencapai kemerdekaan pada 1971.
Insiden tersebut berlaku selepas anggota-anggota Parlimen memasuki perkampungan di daerah Chapainawabganj, untuk menahan aktivis parti yang dituduh membakar stesen janakuasa dalam tunjuk perasaan yang diadakan pada bulan lalu.
Kira-kira 6,000 penduduk berkumpul cuba menghalang penahanan tersebut, menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130401/lu_03/3-maut-dalam-pertempuran-di-Bangladesh#ixzz2PBuwFntK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment