Monday, April 1, 2013

Satirawan Mesir dibebas dengan ikat jamin



KAHERAH 1 April - Satirawan Mesir, Bassem Youssef dibebaskan dengan ikat jamin semalam, selepas hampir lima jam disoal siasat berhubung dakwaan menghina Presiden Mohammed Mursi dan agama Islam.
Menurut pihak berkuasa, Bassem diarah membayar ikat jamin sebanyak AS$2,200 (RM6,820) atas siasatan yang dijalankan berhubung dakwaan tersebut.
Menerusi akaun Twitternya, Bassem mengesahkan syarat ikat jamin tersebut, sambil menyatakan ikat jamin itu untuk tiga kes yang difailkan sebelum ini.
Bagaimanapun, Bassem menyatakan tarikh siasatan untuk kes keempatnya masih belum ditetapkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130401/lu_04/Satirawan-Mesir-dibebas-dengan-ikat-jamin#ixzz2PBrZbd6F
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment