Monday, April 1, 2013

Datuk Seri salur dana dicari



HAMZA menunjukkan gambar Muhammad Ridhwan yang dicari polis bagi membantu siasatan Ops Daulat pada sidang akhbar di Lahad Datu semalam.


cari seorang lelaki bergelar Datuk Seri dari Pulau Pinang bagi membantu pasukan keselamatan menyiasat kes kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mengikut maklumat lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman beralamat terakhir di George Town dan dikatakan memegang jawatan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia yang berpangkalan di Pulau Pinang.
“Lelaki ini dikehendaki berhubung siasatan Ops Daulat dan pasukan keselamatan percaya dia boleh membantu dalam operasi ini. Kita harap lelaki ini tampil,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, hasil siasatan, polis mengesyaki lelaki berkenaan mungkin berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau di Sabah.
Sehubungan itu, kata beliau, orang ramai yang mengenali Muhammad Ridhwan diminta menghubungi polis bagi mempercepat siasatan.
“Kita mengharapkan kerjasama orang ramai dan mereka boleh hubungi pihak polis sama ada melalui Rakan Cop melalui nombor 03-2052 5999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan di seluruh negeri,” kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2PA5bnDi8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment