Monday, April 1, 2013

Hilang tangan, kaki akibat Meningitis


CALIFORNIA 30 Mac - Dalam usia yang masih muda dan masih belum puas menikmati keseronokan hidup, seorang remaja perempuan terpaksa menghadapi masa depan yang sukar apabila empat anggota badannya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawanya.
Ini semua gara-gara meningitis yang dikesan bulan lalu yang telah menyebabkan kulit Kaitlyn Dobrow, 18, melecur dengan teruk di seluruh badannya.
Penderitaan remaja tersebut tidak berhenti setakat itu sahaja, dia juga terpaksa menjalani sembilan pembedahan selepas menunjukkan simptom-simptom seperti jangkitan selesema.
Dobrow kini masih berada di unit kebakaran di Pusat Perubatan UC Irvine di sini.
Ibu Dobrow, Kathi berkata, anak perempuannya itu dikesan menghidap penyakit meningococcal yang menyebabkan meningitis dan jangkitan kuman dalam darah.
''Anak saya sakit sebulan lalu dan menjadi lemah selepas menunjukkan tanda-tanda demam selesema.
''Selepas dibawa ke hospital, keadaan dia semakin buruk sehingga kami sekeluarga menyangka dia akan mati,'' katanya.
Ibu kepada dua orang anak itu berkata, doktor terpaksa memotong kedua-dua tangan dan kaki bagi menyelamat nyawanya serta mengelak penyakit itu merebak.
''Doktor menyatakan anak saya mungkin memerlukan lebih banyak pembedahan selepas ini,'' ujarnya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130331/lu_07/Hilang-tangan-kaki-akibat-Meningitis#ixzz2P8Mn55De
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment