Monday, April 1, 2013

5,000 warga Filipina lari dari Sabah



Gambar bertarikh 8 Mac lalu menunjukkan rakyat Filipina yang menetap di Sabah tiba dengan menggunakan bot di bandar Jolo, Wilayah Sulu selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan operasi secara besar-besaran memburu kumpulan pengganas Jamalul Kiram di Sabah . - AFP
MANILA 30 Mac - Hampir 5,000 rakyat Filipina lari meninggalkan Sabah sejak pasukan keselamatan Malaysia melancarkan operasi secara besar-besaran bagi membanteras kumpulan pengganas Jamalul Kiram.
Menurut Majlis Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan hari ini, jabatannya merekodkan seramai 4,983 orang dewasa dan kanak-kanak telah tiba di selatan negara ini selepas meninggalkan Sabah ekoran pertempuran yang berlaku.
Pengarah Eksekutif Kebajikan, Paslur Abdullah yang bertanggungjawab menguruskan pusat bantuan pelarian berkata, jumlah tersebut mungkin lebih tinggi daripada yang direkodkan kerana ramai di antara mereka yang masih belum berdaftar.
"Mereka (rakyat Filipina yang menetap di Sabah) lari ke selatan negara ini dengan menggunakan bot kecil.
"Ada di antara mereka yang masih belum berdaftar sebagai pelarian dan kami tidak dapat melakukan penahanan," katanya.
Kesemua rakyat Filipina itu mula tiba di selatan negara ini pada awal Mac, selepas pertempuran sengit tercetus antara kumpulan pengganas Kiram dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Presiden Beniqno Aquino sebelum ini menyatakan kebimbangan bahawa konflik yang berlaku di Sabah boleh menjejaskan kira-kira 800,000 rakyat Filipina yang bekerja di negeri itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130331/lu_05/5000-warga-Filipina-lari-dari-Sabah#ixzz2P8LiwDe6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment