Lahad Datu: “Pulanglah... sini bukan tempat kamu. Jika kamu mahu berbuat jahat, buatlah di negara kamu, bukan di tanah tempat tumpah darah kami.
“Kamu tiada hak di sini,” kata Aminah Halis, 40, antara 50 penduduk Kampung Tanjung Batu yang memasuki rumah mereka, semalam.
Suri rumah itu tidak dapat menahan emosi ketika kali pertama melihat suasana kampungnya yang disifatkan umpama dilanda bencana.
Ibu kepada lima anak itu berkata, dia sangat marah apabila mengenangkan tindakan kumpulan pengganas yang menceroboh sebelum membunuh anggota pasukan keselamatan negara.
“Saya tidak pernah menduga pengganas akan membolosi perairan negara dan mengganggu gugat perjalanan hidup kami.
“Memang pilu apabila mengenangkan ramai perajurit negara terkorban ketika menentang pengganas,” katanya.
No comments:
Post a Comment