Lahad Datu: Kegembiraan hampir 100 penduduk Kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian, di sini yang dibawa memasuki perkampungan mereka semalam, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan.
Ini menyebabkan sebahagian penduduk yang memasuki rumah masing-masing bertempiaran lari untuk berkumpul di kawasan lapang berhampiran dengan masjid yang ada di Kampung Tanjung Batu.
Bunyi tembakan dari arah penempatan tepi laut dipercayai 500 meter dari masjid itu kedengaran sekitar jam 12 tengah hari, kira-kira 30 minit selepas pasukan keselamatan membenarkan mereka memasuki penempatan itu.
Susulan itu, anggota pasukan keselamatan yang bertugas mengawal kedua-dua kampung bersebelahan dikerah menyiasat kejadian itu.
ABD Jabbar Bavotty dan isterinya, Norhaya Rusman hilang kata-kata melihat rumah mereka yang musnah di Tanjung Labian.
PENDUDUK Kampung Tanjung Labian membaca doa sebelum membuat penilaian kerosakan ke atas rumah mereka. |
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang berada di tempat kejadian menjelaskan, tembakan itu dilepaskan oleh pasukan keselamatan sebagai amaran.
No comments:
Post a Comment