Wednesday, April 3, 2013

Duduk manapun perangai tak elok....

Zulkifli Noordin mohon maaf

Baling: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, semalam memohon maaf berhubung kenyataannya lebih 10 tahun lalu, yang mengguris perasaan penganut agama Hindu.

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat Zulkifli yang juga Naib Presiden PERKASA, di hadapan kira-kira 3,000 orang ketika berucap sempena program perjumpaan bersama pemimpin dan ahli UMNO bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda dekat sini.
“Saya dengan penuh jujur memohon maaf secara terbuka kepada semua rakan agama Hindu dengan apa yang dizahirkan 10 tahun lalu yang saya anggap sebagai satu kesilapan. 

Ketika itu saya agak ekstrem kerana berada di atas pentas pakatan pembangkang” Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu


“Ketika itu saya agak ekstrem kerana berada di atas pentas pakatan pembangkang,” katanya.

Pembangkang tiada isu

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Penyelaras UMNO Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Zulkifli juga kecewa dengan klip video disebarkan pembangkang mengenai isu itu yang diucapkannya sedekad lalu.

“Pembangkang sudah ketandusan isu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila sanggup mengorek keluar video klip lama, dan memutarbelit faktanya.

“Pembangkang kata saya memberi ucapan dan menghina penganut Hindu di majlis yang dihadiri ribuan rakyat, dengan meletakkan lambang PERKASA.

“Saya nak jelaskan kepada rakyat bahawa itu semua tipu helah pakatan pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan UMNO, PERKASA dan Barisan Nasional (BN).

“Saya akui pernah berucap sedemikian ketika masih dalam pakatan pembangkang dan klip video itu juga sudah disunting dengan rapi untuk membohongi rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment