Wednesday, April 3, 2013

Pengakuan bekas juruterbang kargo Syria "Duta Iran temani saya ambil senjata dari Teheran"


Bekas juruterbang pesawat kargo tentera Syria mendedahkan misi-misi rahsianya untuk rejim Bashar al-Assad yang memintanya membawa wang dalam jumlah yang besar dan senjata-senjata ke Syria. Pilot yang hanya mahu dikenali sebagai Nazim ini berbicara kepada Nigel Wilson, wartawan harian Sunday Telegraph darisebuah bandar sempadan di Jordan, tempatnya kini tinggal bersama keluarganya sejak September lalu.

Nazim, 50, menuturkan, ia atau rakan juruterbangnya setiap bulan menerbangkan pesawat kargo dua hingga tiga kali untuk mengambil tumpukan wang kertas dari Rusia, termasuk sejumlah besar wang euro dan dolar yang diperlukan rejim Bashar Al-Assad.

Ia juga menuturkan, sekurang-kurangnya ia 20 kali terbang ke Tehran, Iran. Dua misi di antaranya, ia terbang sendiri untuk mengambil senjata-senjata dan letupan dari Iran yang digunakan rejim Assad untuk menghadapi revolusi rakyat yang bermula dua tahun lalu.

Pengakuan Nazim merupakan yang pertama kali dibuat, oleh orang yang terlibat secara langsung dalam misi rahsia rejim Assad, sejak meletusnya revolusi rakyat Syria.

Nazim memutuskan keluar dari Syria dan berhenti menyokong rejim Assad setelah ia dan rakan juruterbangnya ditangkap lalu dipenjara selama 60 hari. Rejim Assad menuduh mereka terlibat dalam sebuah kemalangan pesawat. Keluar dari Syria, Nazim dan keluarganya diberikan sewa percuma oleh seorang warga Jordan yang bersimpati kepada mereka.

18 Tahun Terbangkan Ilyushin

Mereka disewakan tempat tinggal di sebuah blok yang juga didiami 26 keluarga pelarian Syria. Saat masih bergabung dengan tentera Syria, ia banyak melakukan perjalanan udara. Pertama kali ia menjadi pilot helikopter dan selama 18 tahun menerbangkan pesawat pejuang buatan Rusia, Ilyushin Il-76. Pesawat ini direka untuk membawa kargo hingga 40 tan.

"Saya pernah ke Moscow, Afrika Utara, India dan Inggeris. Saya membawa berbagai macam kargo, bantuan kemanusiaan, ubat-ubatan dan kadang senjata. Tapi yang sekarang tidak baik kerana senjata-senjata yang dibawa dipakai untuk melawan rakyat awam, "ujarnya.

April tahun lalu, untuk pertama kalinya Nazim melakukan penerbangan ke Rusia untuk mengambil wang tunai. Dalam perjalanan itu, ia melewati laluan Iraq, Iran, Azerbaijan sehingga sampai ke lapangan terbang Vnokova Moscow.

"Yang saya bawa dari sana adalah wang kertas seberat 30 tan," kata beliau. Beberapa daripada mata wang yang dibawanya itu berasal dari Perm (bandar di Rusia tempat mata wang Rusia dicetak).

"Ketika kami mendarat di Damaskus, kereta keselamatan dari Bank Syria sudah menunggu di lapangan terbang untuk mengambil wang dan membawa terus ke bank," tambahnya. 'Penerbangan khas' ini biasanya dilakukan tiga kali sebulan. Dan kandungannya selalu sama: wang Syria, euro, dan dolar Amerika. Ogos tahun lalu, tambahnya, ada 15 kali penerbangan untuk keperluan ini.

Pada bulan Januari dan Februari 2013 kemarin, Nazim melakukan dua kali perjalanan udara ke Tehran. Setiap perjalanan, ia ditemani duta besar Iran untuk Syria. Saat tiba di ibu negara Iran, kata Nazim, pesawat itu diarahkan ke sebuah hanggar dimana para krunya diminta keluar sehingga kargo boleh dimuatkan secara rahsia.

Meski Nazim tidak melihat apa yang diletak di pesawat, ia sering diminta untuk mengelakkan kawasan-kawasan ombak selama penerbangan kembali ke Damsyik kerana kargo seberat 40 tan yang dibawanya tidak boleh terkena goncangan. "Ini adalah cara memberitahu bahawa ada bahan letupan di dalam pesawat. Memang ada bahan-bahan letupan. Kita tidak memerlukan yang lain dari Iran. Kalau anda lihat langsung, anda tidak akan menemui peluru berpandu apa pun. Bentuknya berupa bahagian-bahagian yang boleh digunakan untuk membuat senjata di Syria, "ujarnya.

20 Kali ke Tehran

Selepas empat hingga lima jam di sana, ia dan krunya terbang kembali ke Damsyik.

"Ada 20 kali penerbangan ke Tehran pada April 2011 hingga Julai 2012," kata Nazim yang juga mengatakan, mereka mendapat kebenaran khas dari Kementerian Luar Negeri Iraq untuk melintasi wilayah udara Iraq.

"Mungkin tanpa pengetahuan Amerika," tambahnya.

Kepada Sunday Telegraph, Nazim menunjukkan kad pengenalan angkatan udara Syria. Pesawat yang diterbangkannya dimiliki dan dikendalikan oleh Tentera Udara Syria. Namun, ujarnya, ketika ke udara mereka berpura-pura menjadi penerbangan awam dan menjadi sebahagian daripada syarikat awam nasional, Syrian Air. Para juruterbang, kakitangan penerbangan dan navigatornya adalah kakitangan tentera. Namun mereka sengaja dibuat kad pengenalan Syrian Air. Kad ini selalu mereka pakai setiap penerbangan antarabangsa.

Nazim yang Muslim Sunni juga menceritakan bagaimana beliau dan kakitangan lain dikurung di sebuah sel kecil setelah ada kecelakaan pesawat kargo yang menewaskan pilotnya. Pilot ini merupakan anggota puak 'Alawiyah (cabang dari syiah) yang merupakan suku asal keluarga Assad.

"Ada 12 orang yang ditahan. Dan saya ditahan selama 60 hari. Saat itu ada beberapa orang awam dan pasukan artileri. Semuanya pegawai kerajaan, "terang Nazim. Ia disoal siasat tentang kecelakaan pesawat itu hampir setiap hari sampai pertengahan September 2012 lalu.

Nazim kemudian memutuskan untuk meninggalkan Syria selepas dibebaskan.

"Oleh kerana ketika saya tiba di rumah, ternyata rumah saya dibakar. Saya tanya apa yang berlaku pada jiran. Dan katanya ada tiga kenderaan datang ke rumah saya lalu menembusi pintu. Mereka lalu naik ke atas dan mengambil seragam saya, tas hitam dan cenderamata-cenderamata dari perjalanan luar negeri, "jelasnya.

Rumahnya Dibakar

Mereka, sambung Nazim, kemudian melemparkan serbuk putih fosforus di lantai dan rumahnya pun terbakar.

"Saya adalah anggota tentera yang bekerja untuk kerajaan tapi mereka membakar rumah saya. Saya yakin saya akan ditangkap lagi beberapa hari selepas dibebaskan, akhirnya saya putuskan untuk meninggalkan Syria. "

Nazim pun akhirnya boleh berkumpul kembali dengan isteri serta puteri-puterinya yang sudah lebih dulu dipindahkan ke kawasan yang aman di Syria. Dalam perjalanan keluar Syria, Nazim dan keluarganya melewati empat hari perjalanan yang berbahaya menuju sempadan. Ia harus melewati wilayah yang dikuasai oleh Tentera Pembebasan Syria (Free Syrian Army: FSA).

Di dael, sebuah bandar di Utara deraa, seorang penembak jitu kerajaan menembak kenderaan yang dinaikinya. Sebuah peluru mengenai tangan puteranya juga puterinya yang berusia sembilan tahun yang sedang dipangkunya. Setelah dirawat seadanya di rumah sakit terdekat, Nazim memberitahu pihak doktor, puterinya akan tetap ia bawa walaupun dalam keadaan meninggal. Nazim dan keluarganya meneruskan perjalanan lapan jam ke sempadan Jordan.

Mereka tiba di destinasi dengan keadaan sangat keletihan dan puterinya harus segera dibedah.

"Ia berada di rumah sakit selama 15 hari. Limpanya harus diangkat tapi sekarang ia sudah baik-baik saja, "ujar Nazim sambil menunjukkan bekas luka di perut puterinya, termasuk dua lingkaran kecil bekas terkena tembakan.

Sambil memandang lama ke sebuah jendela besar di rumah yang kini ditinggalinya bersama keluarganya, Nazim memikirkan tanah airnya dan masih sedih dengan kehidupan yang ditinggalkannya di Syria. Meskipun ia akui sekarang keadaannya sudah berubah.

"Kebanyakan rakan saya orang Kristian. Banyak juga orang 'Alawiyah dan Muslim seperti saya, "tuturnya.

Gara-gara Hafez Al-Assad

"Masalah di Syria bermula 40 tahun lalu ketika Hafez Assad (ayah Bashar) hanya mempedulikan keluarganya, tidak rakyatnya. Internet telah mengubah banyak perkara bagi rakyat Syria. Sekarang ini ada generasi yang berbeza. Rakyat Syria kini berpendidikan. Dan kami hanya mahukan kebebasan. Bukan kebebasan seperti di Barat, hanya kebebasan kecil saja, "urai Nazim.

Ia merasa sakit hati dengan sikap tentera terhadap perlawanan rakyat yang terjadi.

"Tentera adalah milik saya. Itu adalah tentera rakyat, tapi sekarang mereka berbalik melawan rakyat, "ujarnya.

Nazim berharap tidak selamanya menetap di Jordan. Ia ingin kembali bekerja sebagai juruterbang, pekerjaan yang dicintainya.

"Setiap hari saya melihat langit. Saya melihat angkatan udara dan saya berasa ingin melakukan sesuatu untuk rakyat Syria, untuk negara saya. Tidak hanya negara saya, tetapi juga untuk dunia, "tegasnya. *

No comments:

Post a Comment