Tiga sami suspek serangan anti-Islam
Ratusan penduduk Muslim melakukan demonstrasi selepas beberapa kedai milik penduduk Islam dibakar di bandar Colombo, minggu lalu.
COLOMBO - Polis Sri Lanka menahan tiga sami selepas didakwa memusnahkan kedai milik penduduk Muslim hingga mengakibatkan ketegangan konflik agama di negara itu.

Dipetik AP, pegawai polis, Buddhika Siriwardena berkata, sami itu ditahan selepas sekumpulan lelaki dipercayai dari Sinhala-Buddha merosakkan kedai dan membakar tiga bangunan di pinggir bandar Pepiliyana Colombo.

“Setakat ini 17 ditahan termasuk tiga sami yang menyerah diri,” katanya.

Polis kini sedang memburu beberapa individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu.