Wednesday, April 3, 2013

Menteri Besar Selangor fail saman malu



 
Kuala Lumpur: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, memohon kebenaran memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, kerana melanggar terma penyelesaian tuntutan saman malu membabitkan kedua belah pihak.

Abdul Khalid memfailkan notis permohonan kebenaran sebelah pihak dan afidavit sokongan diikrarkannya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, semalam, melalui peguamnya, S N Nair.
Dalam afidavit sokongannya, Abdul Khalid berkata, beliau memfailkan saman malu terhadap Ahmad Said dan Kerajaan Malaysia pada 29 April 2009 berhubung kenyataan yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times (NST) dan The Star.

Beliau berkata, pada 19 Mac lalu, satu penghakiman persetujuan dimasuki kedua-dua belah pihak bagi menyelesaikan tuntutan saman terhadap kedua-dua defendan secara penyelesaian penuh.

No comments:

Post a Comment