Wednesday, April 3, 2013

Polis Thailand matikan bom 20kg



Dua anggota polis memeriksa sebutir bom yang ditemui di dalam sebuah silinder pemadam api di daerah Sai Buri, Pattani, selatan Thailand, semalam. - Agensi
BANGKOK 1 April - Polis Thailand, berjaya mematikan sebutir bom seberat 20 kilogram (kg) yang ditemukan di dalam sebuah silinder pemadam api di daerah Sai Buri, Pattani pagi ini.
Bom tersebut dipasang di hujung sebuah jambatan di jalan Hutae Kolae-Payo, Ben Payo.
Akhbar Bangkok Post melaporkan, unit pemusnah bom polis berjaya mematikan bom tersebut dalam tempoh 30 minit.
Polis berkata, bom itu ditemukan selepas anggota Pasukan Khas Renjer 22 yang meronda jalan raya di situ melihat dua belia berkelakuan mencurigakan dan melarikan diri dari tempat kejadian.
"Satu wayar elektrik didapati disambungkan kepada bom itu dari jambatan ke semak di tepi jalan,'' kata polis.
Dalam pada itu, polis berkata, sebanyak 15 kamera litar tertutup (CCTV) dibakar di daerah Khok Po, Pattani awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Khok Pho, Kolonel Suchart Asavachindakul berkata, anggota kumpulan pemisah disyaki membakar tiub motosikal dan menggantungkan pada kamera tersebut yang dipasang di tiang elektrik.
"Kejadian ini dipercayai bermula pada kira-kira pukul 4 pagi.
"Dua CCTV di hadapan Masjid Nurulhuda di Ban Yang Daeng dan sembilan lagi CCTV di Khok Pho dibakar dalam kejadian itu,'' katanya.- AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130402/lu_06/Polis-Thailand-matikan-bom-20kg#ixzz2PNaWAGQz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment