Monday, May 6, 2013

8 tentera NATO terbunuh di Afghanistan



Kabul: Lapan tentera NATO terbunuh di Afghanistan kelmarin, hari paling buruk tahun ini bagi pasukan antarabangsa itu di negara berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, tentera Jerman mengesahkan seorang anggota komandonya mati dalam serangan pejuang ketika operasi bersama di Baghlan, bandar di utara Afghanistan.

Sebelum ini, lima anggota tentera Amerika Syarikat maut apabila kenderaan yang mereka naiki terkena jerangkap samar.

Sementara itu, dua askar Nato lain ditembak mati dalam ‘serangan orang dalam’ apabila seorang tentera Afghanistan melepaskan tembakan di daerah Bala Buluk.

Minggu lalu, kumpulan Taliban meramalkan lebih banyak ‘serangan orang dalam’ akan berlaku.
Bagaimanapun, Nato berkata, kebanyakan serangan seumpama itu berpunca daripada rasa tidak puas hati di kalangan tentera Afghanistan dan salah faham, bukan tindakan ketenteraan.

NATO akan menamatkan misi tenteranya menjelang akhir tahun ini dan 100,000 tentera asing yang ditempatkan di seluruh Afghanistan sudah mula diundurkan dari medan pertempuran. - AFP

No comments:

Post a Comment