Dalam satu kezaliman yang dahsyat,sehingga rakyat menjadi bodoh,inilah zaman yang disebut oleh Rasulullah S.A.W :
ستأتي على الناس سنوات خداعة يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق. ويخان فيها الأمين ويؤتمن فيها الخائن ويتكلم الرويبضة.....
maksudnya: "Akan datang kpd manusia,tahun2 yang menggoda (tahun2 yg menipu) tahun2 yang keliru, orang yang benar dikatakan bohong,orang yang bohong dikatakan benar,orang yang amanah dikhianat dan golongan pengkhianat diberi amanah.. dan golongan ruwaibidoh bercakap besar. dan para sahabat bertanya,apa ruwaibidoh itu ya rasulullah? jwb rasulullah: al ammatu tatakallamu bi amril khossoh.. iaitu orang awam yang tidak tahu apa,tapi bercakap berkenaan perkara-perkara khusus yang besar dalam bidang agama.
~Inilah zaman yang kita hadapi hari ini,walaupun demikian,Allah S.W.T memelihara agama islam,cahaya agama islam tak boleh di padamakan walaupun di seluruh dunia hari ini, musuh-musuh islam berusaha untuk memadamkan cahaya agama islam. Di Mesir, banyak penangkapan, pemimpin2 islam bukan sahaja di tangkap, tapi di bicarakan di mahkamah tentera,bukan mahakamah biasa,di Pakistan, kumpulan islam di tekan dan di tindas, seluruh dunia,termasuk di negara kita juga sedang di tekan dan di tindas,kita merasakan seolah-olah tidak boleh menang.
~Bila lagi nak menang? Persoalan ini di sebut oleh Allah Taala dalam quran yang bermaksud.. Adakah kamu mengira kamu boleh masuk syurga tuhan dgn mudah padahal belum lagi datang kepada kamu ujian yang di hadapi oleh mereka yang berjuang islam di zaman dulu.. Mereka menghadapi ujian kesusahan dan kesengsaraan ada di antara mereka yang di bakar api,yang di bunuh,yang dikambus hidup-hidup ,yang di belah dengan gergaji,ada di antara mereka yang di penjara, dan lain-lain lagi.. Mereka di goncang sehebat-hebatnya,sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman bersama dengannya,bilakah datangnya pertolongan Allah.,? Bila lagi nk menang? Maka Allah Taala menjawab,ingatlah pertolongan Allah itu hampir..
~Pertolongan Allah dekat,bila banyaknya ujian,itu menandakan kemenangan dekat, itu tanda kemenangan dekat,akan banyaknya ujian dan cubaan.. Seperti perempuan yang nak melahirkan anak. Sebelum melahirkan anak, perempuan itu sakit,mengeluarkan darah, sakit, dan mengeluarkan darah , selepas itu melahirkan anak.. Anak-anak yg nk tumbuh gigi,dia demam, demam dulu,sakit,pastu tumbuh gigi.. Allah Taala nak jadikn pohon getah,proses dia akan keluar susu selepas itu., Akan brlakunya musim luruh,dilanda oleh ribut,oleh cuaca, sehingga luruh daunnya,selepas itu, ia akan tumbuh keras dan akan mengeluarkan getah yg banyak.
~Ini peraturan yang Allah Taala jadikn. Begitulah perjuangan islam. Apa yg kita alami, kesusahan, kepayahan, berbagai-bagai perkara pada hari ini, bukan bermakna islam akan di hapuskan, tapi maknanya islam akan menang.
~ HANYA MEREKA YANG SABAR DENGAN ISLAM,DIA BOLEH MENANG..!! TAKBIR...!!!
~Petikan kalam Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang..
No comments:
Post a Comment