Monday, May 6, 2013

AS tingkat bom antikubu



London: Amerika Syarikat dilapor meningkatkan keupayaan bom antikubu, bom konvensional terbesar di dunia sejak beberapa minggu lalu.

Menurut laporan media, Pentagon menunjukkan video mengenai keupayaan baru bom berkenaan kepada sekutunya di Israel dalam usaha meyakinkan rejim Yahudi itu bahawa Amerika Syarikat masih mempunyai pilihan yang berkesan dalam menangani program nuklear Iran.


Bom sepanjang 6.1 meter dan lebar 0.3 meter itu yang dikenali secara rasmi sebagai ‘Massive Ordnance Penetrator’, kini memiliki rekaan baru untuk membolehkannya menembusi kubu bawah tanah yang lebih dalam.

Laporan berkenaan menyebut kompleks pergunungan Fordow yang didakwa digunakan oleh Iran untuk menjalankan proses pengayaan uranium bagi menghasilkan bom nuklear sebagai sasaran.


“Bom antikubu baru itu mempunyai sistem baru yang berkeupayaan menembusi kedalaman lebih 30.5 meter di bawah tanah dan pelindung konkrit yang menempatkan kelengkapan di Fordow, sekali gus membolehkan bom antikubu berkenaan menjejaki sasaran lebih jauh sebelum meletup,” menurut laporan berkenaan.


Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel telah berjanji kepada Israel bulan lalu bahawa Washington akan meneliti dengan lebih dekat lagi mengenai pilihan untuk serangan ketenteraan terhadap Iran.- Daily Telegraph

No comments:

Post a Comment