Monday, May 6, 2013

Bom kereta sasar delegasi Qatar ragut lima nyawa



SEKUMPULAN anggota tentera berdiri berhampiran lokasi insiden bom kereta di Mogadishu yang membunuh sekurang-kurangnya lima mangsa.


MOGADISHU - Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh pagi semalam apabila seorang pengebom berani mati melanggar konvoi tentera dengan keretanya yang sarat dengan bahan letupan.
Serangan itu disasarkan kepada rombongan empat orang delegasi dari Qatar. Pegawai kanan polis, General Garad Nor Abdulle memberitahu, delegasi itu bagaimanapun tidak cedera dan selamat sampai ke hotel mereka.
Letupan bom itu menyebabkan empat orang awam dan seorang tentera maut. Pasukan tentera juga terpaksa melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan orang ramai yang berkumpul di tempat kejadian.
Sebelum ini, jalan dan persimpangan yang dikenali sebagai KM4 itu ditutup selepas pemerintah Somalia menerima maklumat bahawa kumpulan militan merancang untuk melancarkan serangan.
KM4 merupakan jalan paling sibuk di sini dan biasanya digunakan oleh para pegawai kerajaan serta tentera Kesatuan Afrika.
Letupan bom kereta itu mirip serangan kumpulan pengganas al-Shabab yang sebelum ini menguasai wilayah selatan dan tengah Somalia, tetapi telah berjaya dikalahkan oleh tentera Kesatuan Afrika. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2SUaxsnxn 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment