Monday, May 6, 2013

NASIHAT SEORANG ULAMA' UMMAH KEPADA KERAJAAN, PEMBANGKANG DAN SELURUH RAKYAT...



fahamilah kata-kata alMufassir Syeikh Mutawalli Sya'rawi rahimahullah :

"Aku ingin memberitahu kepada ummat semuanya, sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang dan pendokong, dan kepada semua rakyat. Aku minta maaf jika aku ucapkan suatu yang kamu semua tidak suka..

Aku ingin semua tahu bahawa KEKUASAAN ITU DI TANGAN ALLAH..!! Allah memberi KEKUASAAN kepada siapa yang Dia suka..

maka janganlah ada KOMPLOT untuk mendapatkan KEKUASAAN itu..

dan janganlah ada TIPU HELAH (PENIPUAN) untuk sampai kepadanya (KEKUASAAN)..

Sesungguhnya Allah SWT telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim a.s. Apa kata Allah ta'ala...???

"Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah menentang Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud), maka KEKUASAAN itu Allah beri kepada sesiapa yang Dia mahu.."

Maka janganlah kamu melakukan TIPU HELAH terhadap Allah, dan janganlah kamu membuat KOMPLOT (PENIPUAN) terhadap ALLAH, kerana seseorang tidak akan mendapat KEKUASAAN di dalam KERAJAAN ALLAH kecuali dengan KEHENDAK ALLAH..!!

Kalau dia seorang yang ADIL, maka manusia akan mendapat manfaat dengan KEADILANnya...
dan sekiranya dia seorang yang JAHAT lagi ZALIM, MAKA RAKYATLAH YANG ZALIM..!!!

dia menjadi HODOH dengan kezalimannya, dan ALLAH akan menjadikan dia BURUK di dada-dada manusia, maka disebabkan ALLAH menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang ZALIM walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.

Oleh sebab itu, aku berkata kepada kamu sekalian sesungguhnya kita Alhamdulillah telah jelas kebenaran pada firman Allah ta'ala, berdasarkan peristiwa-peristiwa yang terjadi.

Sesiapa yang terlintas dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan dia supaya JANGAN MEMINTA-MINTA..

Bagaimana kita hendak hendak mentafsirkan firman ALLAH :
"dan mereka merancang perkara yang JAHAT, dan ALLAH juga turut merancang juga.."

"Sesungguhnya mereka membuat TIPU DAYA, dan ALLAH juga membuat TIPU DAYA..."

maka aku nasihatkan siapa yang terlintas dalam kepalanya untuk menjadi PEMERINTAH, aku nasihatkan dia supaya JANGAN MEMINTA-MINTA.. akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.

Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh ALLAH, dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi BEBAN kepadanya..."

Wahai Tuan Presiden (Husni Mubarak-bekas presiden Mesir), aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir aku dengan engkau,

Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga ALLAH memberi engkau taufiq (menunjukkan jalan yang benar).. dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung BEBAN (untuk menghadapi kami)..."

beliau berkata lagi : "apabila kamu melihat pertarungan antara kebenaran dengan kebenaran, tidak mungkin akan kamu dapati.. SESUNGGUHNYA KEBENARAN HANYALAH SATU..!!

Kamu tidak akan dapati dan tidak akan berpanjangan pertarungan antara kebenaran dan kebathilan, kerana kebathilan selalunya akan HANCUR..."

Sayyidi alHabib Umar hafizahullah pula berpesan : “Tinggalkan kancah panasnya pilihanraya di wilayah kalian, jadilah penyejuk dari jiwa yang berpecah-belah dan gundah, biarkan muslimin memihak pada pilihannya masing-masing, jangan mencaci siapapun dari calon pemimpin kalian dan jangan pula terlalu memuji-muji salah satunya, tetaplah bijaksana dalam kedudukan yang menghargai semua kelompok...

Jangan ternodai dengan permusuhan antara pendokong masing-masing. Ketahuilah dakwah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sudah ada sebelum kancah persaingan ini ada, dan dakwah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam akan terus ada hingga seluruh kepemimpinan ini sirna, maka jangan larut dalam permusuhan dan jangan pula terpengaruh dalam keruhnya persaingan, rukunlah walau berbeza pendapat..

Tenanglah dengan keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala, teguhlah dalam niat agung dalam penjernihan ummat. Selalulah dalam tuntunan kedamaian bagi masyarakatmu...”
 

No comments:

Post a Comment