Monday, May 6, 2013

Makin ramai amah Indonesia ke Kanada



Toronto: Jumlah Tenaga Kerja Indonesia, termasuk pembantu rumah dan pekerja ladang yang memohon pekerjaan di Kanada semakin meningkat.

Perkembangan itu mula berlaku selepas ramai warga Hong Kong dan Taiwan yang berpindah ke Kanada membawa bersama-sama pekerja masing-masing yang terdiri daripada rakyat Indonesia.
“Mereka kemudian mengajak rakan yang masih bekerja di Hong Kong dan Taiwan serta juga di Indonesia untuk bekerja di negara itu,” kata Konsul Jeneral Indonesia di Toronto, Julang Pujianto, semalam.

Antara daya tarikan yang terdapat di Kanada ialah pembantu rumah Indonesia boleh berpindah majikan, tidak seperti di negara lain, termasuk Arab Saudi, Malaysia dan Singapura.


Selain itu, gaji mereka juga lebih tinggi berbanding negara lain.

“Gaji pembantu rumah di Kanada lebih besar, kira-kira C$10.5 sejam atau kira-kira Rp100,000 (RM31).

“Tambahan pula, ada kelebihan lain. Majikan diwajibkan menanggung semua kos tambang dari negara asal hingga ke Kanada.

“Ini bermakna, pekerja tidak perlu menanggung beban itu,” kata Julang.

No comments:

Post a Comment