Monday, May 6, 2013

Diserang 20 lelaki dakwa pengundi hantu



Selayang: Seorang pengundi diserang lebih 20 lelaki tidak dikenali yang menghalangnya daripada mengundi di Dewan Serba guna Batu 17, Rawang.

Tajudeen N Anver, 49, berkata kumpulan itu mengasarinya kerana mendakwa beliau pengundi hantu dan memintanya pulang.
Katanya, kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi apabila kumpulan berbaju kuning berkeras ingin melihat kad pengenalannya sebelum bertindak mencekak kolar bajunya sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.

Hak mengundi dinafi

“Saya baru perbaharui kad pengenalan kerana yang lama patah. Selain itu, saya tidak mahu timbul masalah untuk mengundi hari ini (semalam).

“Hak saya sebagai pengundi dinafikan dan kerana bimbang dengan keselamatan diri, saya ambil keputusan untuk pulang, ” katanya ketika membuat laporan di Balai Polis Rawang, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dengan kawalan keselamatan polis, Tajudeen diiring ke dewan serba guna berkenaan untuk mengundi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, mengesahkan menerima laporan terbabit dan kertas siasatan dibuka.

No comments:

Post a Comment