Rajesh memeriksa kerja sekolah salah seorang muridnya yang belajar di bawah landasan kereta api di New Delhi, semalam.
NEW DELHI: Bilik darjah mereka dicemari debu dan terletak di bawah landasan kereta api, papan hitam sekadar dicat pada dinding konkrit manakala gurunya seorang pemilik kedai yang tiada latihan rasmi tetapi yakin pendidikan adalah satu-satunya harapan mereka.
Bagi ramai anak pekerja pendatang yang miskin di ibu negara India, kelas terbuka, satu-satunya sekolah yang mereka miliki manakala yang menghadiri sekolah kerajaan penuh sesak juga datang ke sini dengan satu harapan untuk belajar.
Akta Hak Mendapat Pendidikan India yang menjanjikan sekolah percuma dan wajib kepada semua kanak-kanak berusia enam hingga 14 tahun sepatutnya berkuat kuasa 31 Mac, tetapi jutaan golongan itu masih tidak dapat ke sekolah dan siapa yang boleh berbuat demikian cuma mendapat pendidikan asas.
Jadi, setiap pagi, lebih 50 kanak-kanak berkumpul di bawah jambatan selama dua jam untuk belajar di sekolah tidak rasmi Rajesh Kumar. Mereka menyapu habuk dan membentangkan tikar untuk duduk, cuma beberapa meter daripada semak yang menjadi tempat beberapa lelaki membuang air beberapa minit sebelum itu.
Pelajar, berusia empat hingga 14 tahun, mempelajari segala-galanya daripada asas membaca dan menulis sehingga kepada Teori Pythagoren.
Mereka yang menghadiri sekolah kerajaan berkata, kelas sesak dan guru, apabila muncul, cuma masuk, menulis masalah di papan hitam dan keluar.
“Mereka mengajar lebih baik di sini,” kata Raju, 12, anak kepada pengutip bunga.
Dia menghadiri gred lima di sekolah kerajaan dalam kelas dengan 61 pelajar lain. Di sana, guru hampir tidak mengajar apa-apa, katanya.
Menurut akta itu, yang diluluskan pada 2010, pendaftaran meningkat daripada 192 juta kepada 199 juta, dan kerajaan melabur lebih AS$11 bilion (RM33.33 bilion) dalam meningkatkan sistem sekolah. - AP
NEW DELHI: Bilik darjah mereka dicemari debu dan terletak di bawah landasan kereta api, papan hitam sekadar dicat pada dinding konkrit manakala gurunya seorang pemilik kedai yang tiada latihan rasmi tetapi yakin pendidikan adalah satu-satunya harapan mereka.
Bagi ramai anak pekerja pendatang yang miskin di ibu negara India, kelas terbuka, satu-satunya sekolah yang mereka miliki manakala yang menghadiri sekolah kerajaan penuh sesak juga datang ke sini dengan satu harapan untuk belajar.
Jadi, setiap pagi, lebih 50 kanak-kanak berkumpul di bawah jambatan selama dua jam untuk belajar di sekolah tidak rasmi Rajesh Kumar. Mereka menyapu habuk dan membentangkan tikar untuk duduk, cuma beberapa meter daripada semak yang menjadi tempat beberapa lelaki membuang air beberapa minit sebelum itu.
Pelajar, berusia empat hingga 14 tahun, mempelajari segala-galanya daripada asas membaca dan menulis sehingga kepada Teori Pythagoren.
Mereka yang menghadiri sekolah kerajaan berkata, kelas sesak dan guru, apabila muncul, cuma masuk, menulis masalah di papan hitam dan keluar.
“Mereka mengajar lebih baik di sini,” kata Raju, 12, anak kepada pengutip bunga.
Dia menghadiri gred lima di sekolah kerajaan dalam kelas dengan 61 pelajar lain. Di sana, guru hampir tidak mengajar apa-apa, katanya.
Menurut akta itu, yang diluluskan pada 2010, pendaftaran meningkat daripada 192 juta kepada 199 juta, dan kerajaan melabur lebih AS$11 bilion (RM33.33 bilion) dalam meningkatkan sistem sekolah. - AP
No comments:
Post a Comment