Kaherah: Sebuah mahkamah Kaherah menjatuhi hukuman sehingga lima tahun penjara terhadap 43 rakyat Mesir dan kakitangan pertubuhan bukan kerajaan asing kerana bekerja secara haram, mencetuskan kemarahan dan kebimbangan terhadap masa depan persatuan awam.
Hukuman terbabit dijatuhkan berikutan perbicaraan selepas serbuan pada 2011 ke atas pejabat persatuan awam asing, kebanyakannya beroperasi tanpa lesen di bawah presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak tetapi pihak berkuasa menyifatkan mereka menerima dana secara tidak sah.
Tak hadir perbicaraan
Mahkamah jenayah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap 27 defendan yang tidak hadir pada perbicaraan itu.
Lima defendan yang hadir termasuk seorang rakyat Amerika Syarikat, yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan diarahkan membayar denda EGP 1,000 (RM441)
Sementara itu 11 yang lain dijatuhi hukuman penjara setahun.
Mahkamah juga mengarahkan penutupan kekal cawangan NGO terbabit.
Ini termasuk Freedom House dari Amerika Syarikat, International Republican Institute dan National Democratic Institute selain Konrad Adenauer Foundation dari Jerman. - AFP
No comments:
Post a Comment