Pada 8hb Jun 2013 bertempat di Kg Ramayah, Panampang, Sabah, Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim akan menyampaikan ceramah perdananya.
Perkara yang berlegar-legar dalam minda rakyat kini ialah, adakah pihak Imigresen Sabah atas arahan pihak atas Negeri Sabah akan sekat tidak mengizinkan DSAI masuk ke Sabah sepertimana nasib yang dialami oleh anak beliau YB Nurul Izzah Anwar baru-baru ini atas alasan menggangu keharmonian rakyat Sabah.
Maklum sajalah.. YB Nurul Izzah Anwar ke Sabah kerana nak meraikan bersama-sama dengan rakyat Sabah Pesta Kaamatan pun dihalang, inikan pula DSAI yang turun ke Sabah untuk menyampaikan ceramah perdananya.
Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan ini.
No comments:
Post a Comment