PRU rasmi sudah berakhir. PRU bawah tanah belum lagi. Ia masih berjalan. Soldadu upahan UMNO menyerang hendap lawan mereka. Setiap hari media yang UMNO miliki membantai pihak lawan sehingga lunyai. Diperlakukan demikian, mustahil pihak lawan akan berdiam diri. Siapa yang mencipta suatu gaya baru berpolitik yakni menggunakan seks dan bahan lucah? UMNO. Siapa yang menggunakan isiu perkauman? UMNO. Siapa yang menggunakan isiu agama ? UMNO.
Tapi kita ada jawapan kepada perang yang dibawa oleh puak UMNO dan penyokong mereka. Dan kita boleh melakukan perkara yang mengejutkan yakni memecahkan monopoli UMNO keatas pembentukan minda rakyat. Ianya memerlukan hanya seorang individu yang beroperasi melalui laman blog mereka, twitter, facebook dan saluran penyampaian mesej lain untuk memecahkan monopoli jahat tersebut.
Tapi penentang bukan lagi individu. Ia nya menjadi tentera. Bukan tentera kacang merah. Tentera yang terdiri dari golongan yang sedar dan insaf. Kita namankan tentera ini API- Angkatan Penentang Insaf. Hanya suatu perkara yang menyatukan mereka- keinsafan mengenai kezaliman dan pendustaan UMNO.
Saya menyertai tentera yang sedar dan insaf ini. Saya sendiri mula menulis sejak June 2008 yakni sudah 5 tahun. Kenapa? Kerana sejak dari ketika itu, saya mula sedar bahawa Najib dan kepimpinan UMNO yang lain, adalah kepimpinan yang dicipta untuk media. Media UMNO membentuk ‘kehebatan’ mereka. PRU13 mendedahkan bahawa kepimpinan Najib dan UMNO adalah kosong.
Dimana perperangan ini berlaku? Ia berlaku dalam arena media. Perang konvensional berpindah kepada medan media baru yakni melalui internet. Ciri terpenting dalam perang media ini ialah individu boleh menjadi ejen perubahan. Bagaimana? Dengan memecahkan monopoli media UMNO ketas pembentukan fikiran rakyat. Hanya seorang sahaja sudah cukup mengoncangkan monopoli tersebut. Kita tak melihat peluru dan bom lagi. Senjata perang media ialah bahasa dan ilmu pendidikan.
Dengan bahasa dan ilmu pendidikan, mereka yang berperang menyampaikan mesej mereka. Pihak UMNO misalnya menguasai prasarana atau infrastructure untuk menyampaikan mesej mereka. Mesej mereka- Anwar Ibrahim peliwat. DAP mewakili cauvinis Cina yang akan menakluk negara Melayu. DAP akan menjahanamkan Islam. Orang Melayu memerlukan UMNO untuk meneruskan hidup. Mati UMNO- Matilah Melayu.
Dimana mesej mereka disampaikan? Di sekolah2. Akhbar. Media penyiaran. Seni. Filem. Pertubuhan grassroots seperti Kemas, JKKK, surau, masjid , dan sebagainya.
Sebab itu UMNO bacul untuk berdebat kerana mereka tidak perlu berdebat. Hari ini, penguasaan keatas media menentukan segalanya. UMNO menjajah minda rakyat kerana UMNO menguasai penceritaan. Cerita mengenai apa yang berlaku di keliling kita. Oleh kerana penceritaan disampaikan melalui media, UMNO hanya perlu menguasai alat2 media ini dan mereka sudah tidak perlu berdebat.
Dengan siapa kita berperang? Kita sebenarnya berperang dengan complex Media UMNO yang terdiri dari saluran TV, siaran radio, akhbar dan semua media dalam bentuk audio, visual dan eletronik. Semua UMNO punya. Semua nya meneruskan kezaliman keatas minda orang Melayu tertutama nya. Ia mengawal segala saluran pembentukan minda.
Sehinggakan sebahagian dari cerdik pandai orang Melayu pun mulai percaya bahawa orang Melayu sedang diserang oleh bangsa Cina. Seorang yang memunyai pendidikan tinggi di Raub umpamanya bertanya kawan nya sama ada selamat atau tidak dia pergi ke Bandar Raub? Apabila ditanya mengapa soal demikian- dia menjawab kerana komunis telah menang parlimen Raub.
Dari mana orang ini dapat digri nya? Apa yang dia tonton, dengar dan baca? Dia mendapat maklumat dari saluran penceritaan yang UMNO kuasai.
No comments:
Post a Comment