23 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 2,540 akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
KDN dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 tabloid Harakah dan 70 tabloid The Rocket dirampas.
Rampasan itu dibuat setelah KDN mendapati pihak tabloid berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan di bawah akta itu iaitu kesalahan untuk mencetak, mengimport, menerbit akhbar tanpa permit dan tidak mematuhi syarat-syarat permit iaitu untuk edaran ahli sahaja seperti yang ditetapkan KDN.
"Operasi penguatkuasaan ini dijalankan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara pada 22 Mei dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh KDN sebelum ini," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata operasi akan dilakukan secara berterusan bertujuan menguatkuasakan undang-undang di bawah akta berkenaan bagi memastikan semua pihak tidak melanggar akta itu. - Bernama

No comments:
Post a Comment