Saturday, August 30, 2014

6,000 pekerja MAS diberhentikan



KIRA-KIRA 6,000 kakitangan Penerbangan Malaysia terpaksa menerima hakikat mereka akan dibuang kerja. - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mengumumkan sebanyak 6,000 kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan diberhentikan menerusi proses penyusunan semula syarikat itu agar kembali menguntungkan.
Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar (gambar kecil) berkata, kesemua pekerja terbabit akan menjalani proses pemberhentian secara berperingkat dalam tempoh 10 bulan daripada sekarang.
Beliau berkata, jumlah tersebut meliputi 30 peratus pekerja MAS yang kini berjumlah 20,000 orang.
“Ia merupakan sebahagian daripada rancangan 12 perkara bagi memulihkan kedudukan syarikat itu dengan suntikan dana RM6 bilion.
“Bagaimanapun kira-kira 3,500 pekerja yang diberhentikan itu akan diambil bekerja di dalam syarikat di bawah Khazanah.
“Kami komited untuk membantu pekerja-pekerja yang dilepaskan ini melalui program latihan kemahiran, penempatan semula dan membantu dalam mencari kerja di syarikat tempatan mahupun syarikat antarabangsa.
“Butiran terperinci masih diusahakan oleh MAS tetapi ia akan meliputi semua bahagian,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3BpJQHGKe 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment