Saturday, August 30, 2014

Ketua Tentera Pakistan jadi orang tengah


ISLAMABAD 29 Ogos - Panglima Angkatan Tentera Pakistan, Jeneral Raheel Sharif terpaksa campur tangan bagi menamatkan krisis politik negara ini yang berlanjutan sejak dua minggu lalu sehingga melumpuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Nawaz Sharif, kata pemimpin pembangkang semalam.
Pemimpin agama yang juga bekas pemimpin pembangkang, Tahir-ul Qadri bertanyakan perkara itu kepada beribu-ribu pengikutnya yang berkumpul di luar bangunan Parlimen di Islamabad sama ada membenarkan Raheel untuk campur tangan.
"Raheel secara rasmi meminta persetujuan kita untuk menjadi pengantara bagi menyelesaikan krisis dalam tempoh 24 jam. Boleh saya dapatkan persetujuan anda semua?," kata Qadri kepada pengikutnya yang kemudiannya bersetuju dengan permintaan tersebut.
Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin pembangkang, Imran Khan turut mengesahkan penglibatan Raheel dalam rundingan antara kumpulan pembangkang dan kerajaan bagi menyelesaikan kemelut politik negara ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140830/lu_08/Ketua-Tentera-Pakistan-jadi-orang-tengah#ixzz3BonoBfFZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment