New Delhi: Doktor di sini, dilapor berusaha menyelamatkan bayi yang dilahirkan dengan dua muka dan satu badan.
Menurut laporan akhbar metro.co.uk, bayi itu yang dilahirkan 22 Ogos lalu mempunyai dua mulut, dua hidung dan empat mata, tetapi hanya satu badan.
Kes itu jarang berlaku, hanya satu dalam setiap 100,000 kelahiran dan dinamakan pertindihan kraniofasial.
Hanya 36 kes kelahiran seumpama itu dilaporkan berlaku di dunia setakat ini, kata laporan itu dan tidak ada yang hidup. Doktor yang merawat bayi itu dipetik sebagai berkata, bayi berkenaan dalam keadaan tenat dan mereka berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30
No comments:
Post a Comment