Saturday, August 30, 2014

Prabowo masih gigih halang kemenangan Jokowi


Jakarta: Panel peguam kumpulan Merah Putih Didi Supriyanto berkata, pihak Prabowo Subianto Hatta Rajasa memfokus usaha mencabar kesahihan peraturan perjalanan pemilihan Komisi Pemilihan Umum (KPU)Indonesia di Mahkamah Agung.

“Kami masih meneliti butiran yang boleh dikemukakan di Mahkamah Agung.


“Kami bukan mahu mencabar keputusan pemilihan presiden, tetapi peraturan KPU yang kami anggap di luar undang-undang,” katanya semalam. Kata Didi, ada empat peraturan dianggap bercanggah dengan peraturan pemilihan umum.



Antaranya berkaitan daftar pemilih khas tambahan serta formaliti keputusan dibuat melalui kampung dan daerah. “Aspek itu yang kami kemukakan untuk mendapatkan penilaian perundangan di Mahkamah Agung,” katanya. Menurut Didi, langkah itu bukan cubaan menggagalkan keputusan pemilihan presiden atau mengganggu keputusan Mahkamah Perlembagaan, sebaliknya demi kebaikan proses pilihan raya akan datang. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

No comments:

Post a Comment