Rafizi Ramli |
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesa semua Adun PKR di Selangor untuk menarik diri daripada pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai Menteri Besar Selangor secara terbuka.
Beliau berkata, mereka menyatakan pendirian mereka sebagai menghormati keputusan parti dan Majlis Pimpinan PR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal bagi jawatan itu.
"Kenyataan terbuka oleh setiap Adun PKR di Selangor yang menyokong pencalonan Datuk Seri Wan Azizah dan menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak yang lain adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti dan perpaduan kita dalam melawan Umno-Barisan Nasional.
"Keputusan ini perlulah dihormati seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Ketua AMK, Nik Nazmi," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
Sebelum ini, Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dun Selangor dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat.
Bagaimanapun Adun Seri Setia itu menolak pencalonan itu dan beliau menegaskan keputusan partinya perlu dihormati dan disokong sepenuhnya.

No comments:
Post a Comment