Tokyo: Kerajaan Jepun menggesa rakyatnya bersedia menghadapi senario paling buruk sekiranya bencana menimpa negara itu, termasuk menyimpan stok tisu tandas secukupnya.
Kementerian Perindustrian melancarkan kempen kesedaran awam menjelang Hari Mencegah Bencana 1 September ini dengan mengingatkan penduduk menyimpan secukupnya bekalan makanan dan produk kebersihan sebagai menghadapi masalah selepas gempa bumi besar.
“Bersedia dan jangan menyesal,” menurut kenyataan kementerian itu dalam iklan yang disiarkan mengenai kesediaan menghadapi bencana.
“Apabila bencana berlaku, seperti gempa bumi besar, ketiadaan tisu tandas menjadi masalah besar,” katanya.
“Bersempena dengan hari Pencegahan Bencana, gunakan peluang untuk menyimpan tisu tandas di rumah,” kata kementerian itu, merujuk kepada ulang tahun gempa bumi Kanto pada 1 September 1923 yang meragut lebih 100,000 nyawa. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30
No comments:
Post a Comment