BEIJING - CHINA. China akan melancarkan pengorbit bulan terbaharu yang membawa Chang’e-5 dalam masa terdekat, sekali gus merupakan percubaan pertama menghantar kapal angkasa ke bulan dan kembali ke bumi.
Agensi berita Xinhua melaporkan, pesawat ruang angkasa tidak dinamakan itu akan dilancarkan antara Jumaat dan Ahad.
"Ia adalah modul lunar pertama China yang mampu kembali ke bumi dan memerlukan penahanan suhu tinggi yang terjadi ketika roket masuk semula ke atmosfera bumi," menurut akbar itu.
Menurut Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri untuk Pertahanan Negara China (SASTIND), pelancaran bertujuan menguji teknologi digunakan dalam Chang’e-5.
Difahamkan, Beijing menganggap program angkasa bernilai berbilion dolar itu sebagai usaha meningkatkan martabat negara di mata dunia dan kepakaran teknikal serta membuktikan pemerintahan Parti Komunis mampu memulihkan nasib bangsa miskin.

No comments:
Post a Comment