Pendirian pemimpin pelajar itu merupakan tamparan hebat kepada pemimpin Hong Kong yang berharap untuk mengadakan perbincangan baharu selepas mengadakan pertemuan bersemuka buat kali pertama dengan pelajar-pelajar, semalam yang berkesudahan dengan ke­gagalan.
Rundingan meluas dilihat sebagai langkah yang dapat menamatkan protes yang berterusan hampir sebulan bagi menuntut demokrasi di pulau itu, tanpa ke­ganasan polis.
Bagaimanapun perbincangan secara rasmi buat pertama kali, semalam memberi sinar harapan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah berkenaan, namun kumpulan pelajar ragu-ragu dengan komitmen kerajaan.
“Kita tidak dapat menentukan sama ada wujud perbincangan lagi dengan kerajaan seterusnya,” kata Setiausaha Agung Persekutuan Pelajar Hong Kong, Alex Chow.
Katanya, kerajaan harus me­laksanakan beberapa jalan bagi menyelesaikan masalah itu, tetapi apa yang mereka tawarkan tidak memberi manfaat kepada semua pelajar.
Sejumlah penunjuk perasaan kemudian berarak menunju ke kediaman pemimpin Hong Kong, Presiden Leung Chun-ying.
Penunjuk perasaan dan kumpulan pelajar menuntut Beijing melaksanakan pemilihan pemimpin Hong Kong pada 2007 diadakan secara demoksrasi. – AFP