Thursday, October 23, 2014

‘Otak’ di sebalik laporan skandal Watergate mati

BRADLEE
Washington: Pengarang Washington Post yang bertanggungjawab dalam laporan skandal Watergate dan menyebabkan Presiden Richard Nixon jatuh daripada kekuasannya meninggal dunia pada usia 93 tahun, semalam.
Ben Bradlee disahkan menghembuskan nafas terakhir di rumahnya atas faktor semula jadi.
Bulan lalu Washington Post melaporkan, Bradlee memulakan rawatan hospis kerana mengalami penyakit Alzheimer selama beberapa tahun.
Sebagai pengarang eksekutif antara 1968 hingga 1991, Bradlee menjadi seorang daripada tokoh paling penting di Washington.
Dia juga dikenang sebagai wartawan yang berjaya melakukan transformasi ke atas Washington Post daripada akhbar harian terbitan pagi menjadi media paling dinamik dan dihormati di Amerika Syarikat.
Bradlee mendidik dua wartawan muda-Bob Woodward dan Carl Bernstein-ketika mereka menyiasat kecurian ibu pejabat Parti Demokrat di Watergate dan kompleks apartmen Nixon pada 1972.
Bradlee memberi 'lesen' kepada Woodward dan Bernstein untuk membongkar skandal berkenaan, selain membenarkan mereka menggunakan sumber dalaman-dikenali sebagai Deep Throat.
Akhbar itu menerbitkan 400 laporan mengenai Watergate sepanjang tempoh 28 bulan.
Kesungguhan mereka mendapatkan maklumat sebenar kejadian itu membongkar skandal salah laku pentabdiran Nixon sehingga dia terpaksa meletakkan jawatan pada Ogos 1974.
Laporan itu dan buku serta filem mengenainya, All the President's Men, memberi inspirasi kepada amalan kewartawanan siasatan.-Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:01 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3454#sthash.NdXAky3u.dpuf

No comments:

Post a Comment