Thursday, October 23, 2014

"Panggil Saya Jokowi" - Presiden Indonesia


Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 11:59 AM
Pelukis Indonesia menghasilkan lukisan menggambarkan Jokowi dengan perwatakan sederhana memimpin republik itu.

JAKARTA: Walaupun sudah bergelar presiden, Joko Widodo mahu kekal dikenali dan dipanggil dengan nama gelarannya sebelum ini - Jokowi.

“Lebih aneh jika saya dipanggil Encik Widodo atau Presiden Widodo.

“Justeru, cuma panggil saya Jokowi, atau Presiden Jokowi jika anda tetap mahu menggunakan gelaran rasmi saya,” katanya.

Beliau ditanya media mengenai panggilan yang sesuai untuknya selepas mengangkat sumpah jawatan Isnin lalu.

Malahan, beliau merasakan janggal apabila ada orang menyapa hanya dengan Joko.

Bermula sebagai tukang kayu dan peniaga perabot, Jokowi mula dikenali apabila menjadi Datuk Bandar Solo sebelum menjadi Gabenor Jakarta.

Penampilannya yang bersahaja, tanpa protokol dan mudah didekati menjadikan Jokowi tokoh yang disengani ramai sehingga berjaya dalam pilihan raya presiden, Julai lalu.

Situasi sama pada isterinya, Iriana apabila gelaran Wanita Pertama Indonesia yang diterima tidak akan mengubah dirinya menjadi ‘orang lain.’

Ditanya pula pengalaman malam pertama mendiami Istana Presiden iaitu kediaman rasmi pemimpin nombor satu republik itu, kata Jokowi, dia tidur lena dan semakin selesa di kediaman rasminya itu.

“Saya pernah menetap di bangunan lama di Solo.

“Istana Presiden ini juga bangunan lama dan saya tak ada masalah,” katanya.

No comments:

Post a Comment