LONDON 23 Okt. – Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa menyatakan sekurang-kurangnya empat bulan diperlukan untuk mengawal wabak ebola daripada terus menular, itu pun jika semua langkah-langkah pengawalan dilaksanakan.
Ketuanya, Elhadj As Sy berkata, beberapa langkah yang wajar diambil seperti pengasingan dan rawatan yang baik serta mengebumikan mayat dengan cara yang betul dapat mengawal wabak ini daripada menular.
"Semua ini mungkin berlaku kerana pada masa lalu kita berjaya mengawalnya. Bagi mengawal wabak ini kami perlukan masa sekurang-kurangnya empat bulan," jelas As Sy. – AFP
No comments:
Post a Comment