Thursday, October 23, 2014

Kereta kami, rumah kami

DEBORAH terpaksa berhimpit dengan suami, anak dan haiwan peliharaan dalam kereta sejak beberapa bulan lalu.
Newport: Sebuah keluarga terpaksa berkongsi 'rumah' dalam kereta dengan dua kucing, seekor anjing dan seekor burung nuri sejak Julai lalu selepas kediaman mereka dirampas bank.
Deborah Talbot semalam berkata dia, pasangannya, Glyn Jones, 60, dan anak mereka Rachel, 23, serta empat haiwan peliharaan tinggal berhimpit-himpit di dalam kenderaan yang digunakan untuk membawa orang kurang upaya.
Deborah berkata setakat ini dia tidak bernasib baik kerana belum dapat memiliki rumah selepas dibuang kerja dari sebuah pasar raya.
"Saya diusir oleh sebuah syarikat bank.
"Menurut pihak berkuasa tempatan, kami tidak menjadi keutamaan berbanding yang lain dan tidak mempunyai ramai anak," katanya.
Menurut Deborah, dia tidak ada tempat lain untuk berlindung, memaksa mereka menjadikan kenderaan sebagai rumah.
Rakan lain juga, katanya, tiada yang sanggup menumpangkan mereka.
Tanpa dapur, keluarga itu hanya bergantung kepada restoran dan makanan segera dari pasar raya untuk mengisi perut.
Sementara itu jurucakap Majlis Newport berkata, Deborah memohon di bawah peruntukan kehilangan tempat tinggal pada bulan Julai selepas rumahnya diambil alih oleh syarikat bank.
"Permohonannya telah diproses dan keputusan dikeluarkan pada 17 Julai mengesahkan statusnya sebagai orang tidak berumah tetapi bukan dalam kategori terdesak.
"Dia boleh merayu tetapi tiada sebarang rayuan dikemukakan," katanya.-Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:06 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3543#sthash.qivE8BbD.dpuf

No comments:

Post a Comment