Thursday, July 21, 2011

Ahli Parlimen kunjungi Spratly


GAMBAR udara  menunjukkan pulau di Laut China Selatan yang dituntut Filipina.
GAMBAR udara menunjukkan pulau di Laut China Selatan yang dituntut Filipina.
Tindakan lima perwakilan dikhuatiri jejas hubungan China-Filipina

MANILA: Sekumpulan ahli Parlimen Filipina dilaporkan terbang ke Kepulauan Spratly semalam, kata pegawai dan pembantu di tengah amaran China bahawa kunjungan rombongan terbabit ke pulau itu akan menjejaskan kestabilan wilayah Laut China Selatan dan mengganggu hubungan negara terbabit.
Lima wakil Dewan Perwakilan dan sekumpulan kecil wartawan meninggalkan Puerto Princesa di Pulau Palawan ke Pulau Thitu menaiki dua pesawat persendirian pagi ini, kata pegawai lapangan terbang.
Walden Bello, yang mengetuai lawatan sehari itu berkata dalam kenyataan disediakan komander tentera Filipina di Puerto Pirncesa menekankan kepentingan mempertahankan kepulauan Spratly.

“Kami dalam perjalanan ke Pagasa dan mahu mendarat di wilayah Filipina,” katanya.

Pembantu Bello yang berada dalam pesawat terbabit memberitahu Puerto Princesa dijangka mendarat di pangkalan tentera di Thitu pada lewat pagi.

Lawatan ke kawasan tentera Filipina di Thitu itu dilakukan berikutan ketegangan meningkat di Laut China Selatan, yang dituntut China dan Filipina selain Vietnam, Brunei, Malaysia dan Taiwan.
Menteri luar Asia Tenggara menyuarakan kebimbangan serius terhadap pertikaian itu pada satu mesyuarat di kepulauan peranginan Indonesia, Bali pada Selasa.

Beberapa insiden berlaku di kalangan negara menuntut terutama membabitkan China di Laut China Selatan dipercayai kaya dengan minyak dan gas dan menjadi laluan penting bagi perdagangan kapal antarabangsa.

Pasukan tentera China didakwa melepaskan tembakan ke atas nelayan Filipina, mengganggu kapal mencari minyak milik firma Filipina dan meletakkan struktur di kawasan dituntut Filipina.

China turut mengkritik lawatan oleh ahli parlimen Filipina itu.

“Ia tidak memberi sebarang tujuan tetapi menjejaskan keamanan dan kestabilan di rantau ini dan sabotaj kepada hubungan China-Filipina,” kata kedutaan China di Manila dalam satu kenyataan.

Jabatan luar negara Filipina berkata bahawa ahli parlimen mereka termasuk dua ahli parti Liberal Presiden Benignio Aquino bebas untuk ke sana tanpa kebenaran kerajaan. – AFP
Berita Harian Online | Ahli Parlimen kunjungi Spratly

No comments:

Post a Comment