Tuesday, July 5, 2011

Flotila tak ubah haluan ke Gaza




PRESIDEN  Pertubuhan Kebajikan Islamiah Al Ehsan,  Muhammad Ridzwan Sulaiman  menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Kedutaan Greece, Emmanuel Niotis,  di Kedutaan Greece, di Kuala Lumpur, semalam.
PRESIDEN Pertubuhan Kebajikan Islamiah Al Ehsan, Muhammad Ridzwan Sulaiman menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Kedutaan Greece, Emmanuel Niotis, di Kedutaan Greece, di Kuala Lumpur, semalam.

Dokumentasi diserah kepada Kerajaan Greece mohon teruskan pelayaran

STEFANO Chiarini, kapal penumpang International Freedom Flotilla II yang dinaiki 10 sukarelawan Malaysia tidak akan menukar haluan atau melanggar undang-undang Greece untuk belayar ke Gaza.
Kapal penumpang membawa kira-kira 70 aktivis kemanusiaan pro-Palestin dari lebih 10 negara itu juga tidak bercadang belayar tanpa kebenaran pihak berkuasa pelabuhan Corfu, kepulauan yang terletak lebih 470 kilometer dari Athens.
Koordinator flotila itu, Nordin Elouali, berkata semua dokumentasi berkaitan sudah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Pelabuhan Corfu dengan destinasi kapal masih ke Gaza.

“Kita tidak akan tukar haluan dan mereka tidak ada sebab menahan Stefano Chiarini tanpa alasan kukuh,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Sebelum itu, aktivis berarak dan mengadakan protes aman kali kedua di atas kapal itu yang kini di bawah pengawasan dua bot peronda penguat kuasa maritim Hellenic.

Nordin yang juga ahli politik Belanda berkata, mengikut undang-undang, Stefano Chiarini berpeluang 100 peratus untuk belayar jika Kerajaan Greece menghormati undang-undang dan tidak tunduk kepada tekanan luar.
Pihak berkuasa pelabuhan tempatan kini berdepan tekanan selepas Kerajaan Greece mengeluarkan arahan menghalang mana-mana kapal menggunakan bendera Greece atau bendera asing yang menyertai flotila kemanusiaan itu daripada berlepas ke Gaza.

Sukarelawan Malaysia diketuai Pengerusi Lifeline4Gaza, Dr Noorazman Mohd Samsuddin turut membantu misi flotila itu dengan menjaga keselamatan kapal daripada disabotaj, selain Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerajui usaha menulis surat bantahan ditandatangani semua Ahli Parlimen menyertai flotila kepada Kerajaan Greece supaya membenarkan semua kapal belayar.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Life Line For Gaza (LLG4G) dan Pergerakan Pemuda UMNO bersama tiga lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Konsulat Greece di Malaysia sebagai bantahan kepada kerajaan negara itu yang menghalang kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla II. Berita Harian Online | Flotila tak ubah haluan ke Gaza

No comments:

Post a Comment