KUALA LUMPUR: PAS menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ahad lepas berhubung perhimpunan haram yang dirancang kumpulan pengacau pada Sabtu ini.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS merasa berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan Yang di-Pertuan Agong sebagai pelindung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan negara.
"Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
"Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihan raya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau juga mendakwa bahawa tercetusnya idea bantahan tersebut adalah berikutan berlaku banyak kelemahan dalam amalan pilihan raya di Malaysia termasuk penipuan, rasuah, salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik.
"Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihan raya umum diadakan," dakwanya. - BERNAMA
: PAS Junjung Titah Yang di-Pertuan Agong
No comments:
Post a Comment