Oleh Mohd Fakri Awang Lah
bhnews@bharian.com.my
2011/08/28
MAHADI bersama isteri dan anaknya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kenor, Kuala Krai.
KUALA KRAI: Sembilan beradik yang dipertemukan dengan ibu bapa mereka oleh Berita Harian setahun lalu, masih belum mampu hidup sebumbung berikutan ayah mereka, Mahadi Che Mansor, 32, belum mempunyai punca pendapatan tetap.
Lima daripada mereka, Amirul Rizal Mahadi, 12, Afiq Asyraf, 11, Natasha Emilia, 10, Arif Hafizi, 8, termasuk anak sulung pasangan terbabit yang tinggal di Seremban, Negeri Sembilan, Nurul Hidayah, 13, pula masih lagi tinggal bersama datuk mereka, Kassim Mat Diah, 56, di Kampung Tengah, di sini.
Anak kesembilan pasangan berkenaan, Nia Khalisa, 3, masih tinggal di Kota Bharu selepas diserahkan kepada saudara terdekat mereka untuk dijaga.
"Saya mendapat rumah baru di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang ternyata membuka lembaran baru dalam kehidupan kerana selepas rumah disiapkan pada Februari lalu, kami tidak lagi menumpang di rumah bapa mentua," katanya.
Bagaimanapun, kekecewaan terselit di wajah Mahadi memandangkan dia kini masih tidak mempunyai pekerjaan tetap hingga menyebabkan lima anaknya yang masih bersekolah terpaksa menumpang di rumah mentua di Kampung Tengah.
Kisah keluarga ini pernah mendapat perhatian masyarakat apabila kedua-dua ibu bapa terbabit meninggalkan sembilan anak mereka selama setahun daripada 2009 hingga 2010 sebelum dipertemukan kembali selepas kisah berkenaan dipaparkan di Berita Harian.
Berita mengenai nasib sembilan adik beradik ini yang mencari ibu bapa mereka disiarkan dalam Berita Harian dalam usaha mereka mencari ibu bapa yang menghilangkan diri sejak setahun lalu melalui secara menghasilkan kad raya gergasi, meminta ibu bapa mereka pulang.
Susulan berita itu, usaha seterusnya dilakukan dengan mengesan ibu bapa sembilan beradik itu di Kuala Lumpur dan akhirnya berjaya, apabila menemui mereka berada di Kuala Lumpur dan akhirnya, mereka diketemukan bersama ibu bapa mereka dalam satu majlis khas yang diadakan di Balai Berita, Bangsar.
No comments:
Post a Comment