Sunday, August 28, 2011

Penjualan Esso Malaysia kepada San Miguel adil dan wajar



28/08/2011 6:02pm

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Cadangan penjualan pegangan kepentingan 65 peratus Exxon Mobil Corporation dalam Esso Malaysia Bhd dan perniagaan lain dalam sektor petroleum hiliran Malaysia kepada San Miguel Corporation (SMC) dari Filipina adalah adil dan wajar, kata Naib Presiden ExxonMobil, Stafford T. Kelly.
Beliau berkata, bida berkenaan pada dasar persaingan dengan 20 syarikat, termasuk tujuh firma tempatan, yang pada mulanya berminat dan tawaran SMC merupakan yang terbaik ditawarkan.
San Miguel, selain memberikan nilai terbaik bagi ketiga-tiga entiti dalam Esso Group, merupakan satu-satunya syarikat yang melibatkan rancangan untuk mengambil alih dan memperluaskan loji penapis minyak berusia 48 tahun di Port Dickson, katanya.
"Pembida yang lain (termasuk dari Malaysia) tidak berminat dalam loji penapis dan mahu menutupnya,” kata beliau pada sidang audio dengan media di sini dari Amerika Syarikat hari ini.
Kelly berkata, langkah berkenaan menunjukkan komitmen ExxonMobil untuk tidak membiarkan tenaga kerja di loji penapis itu begitu sahaja.
ExxonMobil International Holdings memeterai perjanjian dengan SMC bagi ExxonMobil menjual 65 peratus pegangan dalam syarikat dagangan petroleum tersenarai, Esso Malaysia Bhd (EMB), dan syarikat milik penuhnya ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd (EMMSB) dan ExxonMobil Borneo Sdn Bhd (EMBSB) pada AS$610 juta (RM1.83 bilion) atau RM3.50 sesaham EMB. – Bernama

No comments:

Post a Comment