RAWALPINDI 28 Ogos - Mahkamah negara Pakistan hari ini memerintah semua harta bekas Presiden Pervez Musharraf dirampas serta membekukan akaun banknya di negara tersebut.
Menurut Pendakwa Raya, Chaudhry Azhar berkata, nilai aset Pervez Musharraf di negara ini tidak diketahui tetapi beliau memiliki harta termasuk dua buah rumah kediaman pangsa, sebuah rumah ladang di Islamabad dan sebidang tanah di Baluchistan,” katanya.
Perbicaraan itu berlaku di penjara Adiyala yang terletak di bandar Rawalpindi dan telah ditangguhkan pada 10 September ini.
Musharraf, yang kini hidup dalam buangan sendiri di London dan Dubai dihendaki atas kematian bekas Perdana Menteri, Benazir Butto kerana gagal menyediakan keselamatan yang mencukupi.
Benazir Bhutto dibunuh selepas memberi ucapan dalam satu perhimpunan kempen pilihan raya berhampiran ibu negara Islamabad pada 27 Disember 2007. – AFP
No comments:
Post a Comment